background

Saturday, 26 March 2011

SeCangkir CeriTa untuk diKongsi BerSama

haLLuuu!!!!kali ni entry aku..aku nk kongsi 1 notes yg aku jumpe kt fb baru2 ni....aku sgt touching n& truja skali bila membacanye..if ex aku dulu dpt brubah sperti lelaki dlm cerita ini,aku sgt2 bersyukur pd ALLAH....myb suatu hari nanti aku akan berjumpa dengan seorang lelaki yg dpt membawa dan mendidikan aku ke arah kebaikan yg bukan hanya mahu menjalinkan hubungan dgn ku untuk melepaskan nafsu dan enjoy semata-mata...

Hayatilah cerita ini...


Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Monday, 21 March 2011

MyRA...dengar baik-baik PESAN ni...

    



tolong jaga diri baik-baik...
sentiasa taat pada perintah Allah walau ape pun keadaan..
sama ada orang nampak @ tak, orang tahu @tak..
sentiasa taat pada ibubapa..
sebab syurga kita terletak pada keredhaan mereka..
sentiasa menjaga maruah diri sebagai SEORANG WANITA..
sebab nilai diri terletak pada maruah yang kita pelihara..
jangan ikiut telunjuk nafsu..
sebab arah yang ditunjuk hanya pada kemungkaran

Thursday, 17 March 2011

BerTerus Terang itu leBih baik Dr Simpan DaLam Hati

berterus terang itu lebih baik???
ya!!sudah semestinye...sbb bile kte berterus terang kte ckp bnda yg btol..tp jgn la sampai mengaibkan org..itu mmg x patut la..kte berterus terang pd bnda yg baik,yg positif..mengenai aty dan perasaan..sgalanye yg baik2 la..tp jgn la uat dajal kt org kn...

ble bcakap soal aty dan prasaan, ianya sgt subjektif utk dperkatakan...yelah la benda ni sgt complicated utk dbncangkan...contohnye la kn, if kte suke kt sorg lelaki ni tp mst kte tfikir kn sama ade laki ni ade ke prasaan sme ngn aku??lau aku syok kt dya patut ke aku g tau dya??if  bg tau takut t malu je if dya x ske n lbih truk ag myb dya x ske nk bgaul ngn aku pasni..hurm~ mcm2 la ley tjadi sbernanye ble cite soal aty dan prasaan ni...

tp..bagaimana pula situasi apabila kte slalu b'hubung dgn sesorang ni n trasa sgt rapat..cara layanan pula da mcm org yg couple tp x declare pape pn...ape status sbnar ni??apekah prasaan awk kt sy??ape pulak prasaan awk kt sy??adekah awk juz anggap sy sbg adik awk or hnya kwn swaktu kamu keseorangan??
erm...uat mase skrg ni sy hanye bole bserah pd takdir kerana jodoh pertemuan semuanya terletak padanya..
Allah tahu ape yg terbaik utk hambanya...

di kala ini



hello!1my sweet blogger..


today im feel very epy..i dun noe why this feeling come out form my heart..
prasaan aku ase cm kt atas tu..huhu..npe ni myra??pe yg sdg ko ase kn..hurm~aku xtau la..ttbe je...
adekah aku in luv?????tp ngn sape??xde ore pn suke aku..haish!.ape la ko ni myra..
xkesah la even td aku present HE kurang bgus tp prasaan ni mmg wujud...
aty b'bunga2 n begitu indah skali...xceli prasaan ni dtg dr smalam ag...even smalam kls lec ksygan cancel tp  aku tetap ngn prasaan aku yg cukup indah ni...


prasaan ni x dpt nk d gambarkan dgn kata2..hanya aku sorg je yg tau...
prasaan ni mcm kte tbe2 dpt bear yg sgt besar yg kte nk sgt2 dpt

beshnye lau dpt bear ni!!

Tuesday, 15 March 2011

HARI HARI ku semakin INDAH

erm...dikala ini aku rasakan hidupku semakin penuh bermakna dan terasa sangat indah sekali....azamku pada tahun 2011 ini ade separuh yg hampir tercapai...aku mahu merasa kebahagiaan dan dapat spent masa bersama keluarga..ya!!!aku dapat rasakannye dlm tahun ini...banyak waktu terluang bersama keluarga...bulan 5 nt aku akn pergi vacation di KK bersama along,abg azman & my anak buah yg kiut "rayyan"..even mak n angah g KK dlu tp aku ttp ase besh dpt luangkan waktu g bercuti...aku mula rasa diri disayangi bile doktor ckp aku suspek TB...time tu aku mule rasakan yg family aku sgt prihatin pd aku...mungkin b4 diz aku anggap dorg x sygkn aku...erm,myb dorg x tunjukkan cara kasih sayang melalui perbuatan tp dgn cara lain...pd saat ni aku ase sedih dan hiba serta aku amat bersyukur sgt2 pa ALLAH..actually, aku sgt jelez tgk kwn2 aku aku yg sgt mesra dgn keluarga dorg especially dgn ibu bapa dorg..aku x mcm dorg..aku xrapat ngn mak n abah..lau tmie cuti dok umah pun aku kurang berborak dgn mereka..mungkin sbb sikapku yg x byk cakap kot...xpe, Dr fadzilah kamsah pnh ckp lau kte nk org epy, kite kena epy kn org tu dulu...

by the way,ape yg aku cube sampaikan d sini ialah byk perubahan yg da berlaku dlm kehidupanku..semoga tahun ni akn menjadi lbih bermakna utk tahun2 masa akn dtg..
yg prasaan indah tu,next post aku gtau ea..

Thursday, 10 March 2011

HARGAILAH AKU SEBAGAI SEORANG KAUM HAWA

aku dilahirkan sebagai perempuan. orang kata, perempuan tu sebagai bidadari kat dunia ni. menghiasi dunia..&menjadi perhiasan di dunie. tapi, aku tgok sejak kebelakangan ni, perempuan bukanlah menjadi bidadari di dunia.. tapi, menjadi pemuas nafsu je.. aku nak cakap, bukan semua perempuan harga dirinya sama. memang ada kaca dan ada permata.. tapi, jangan lah anggap yang permata tu pun same je mcm kaca. permata tu kan mahal takrifnya?

memang lahh dunia ni nak kiamat. zina nie macam satu hobi dah bagi makhluk ALLAH kat dunia ni.. kadang-kadang aku pelik tengok manusia nie.. takut kiamat. tapi sampai bila nak taubat nye..aku pon manusia biase jugak. sering buat salah and silap. tapi, jangan lah anggap perkara zina nie ringan je. oke? emm..

aku bagi kaum hawa, kadan- kadang rase jijik tengok kaum sendiri. bukan apa. tapi, tengok lahh.. tah. susah nye lah nak lafazkan. huhu.. aku pon pernah wat silap. and aku berjanji xnak wat lagi. wat ape? tak perlu korang tau. cume, aku harapkan, bagi kaum adam, jaga lah kaum hawa nie baik2.. hargailah kaum hawa nie. sbb kaum hawa kaum yang lemah. dan kaum hawa nie lah sebagai pelengkap hidup.. jangan lah sesekali menghina, mencaci mahupun mengambil kesempatan kat kaum hawa nie.. sbb kaum hawa nie sememang nya dicipta untuk dilindungi dan dikasihi. :)

gembira..sedih..kecewa

aku gembira sgt dapat msuk matrik..yelah,bukan calang2 org yg ley msuk en..ag pn matrik ni dpt mmendekkan jangka masa pembelajaran..xyah la aku susah2 mik diploma...msuk matrik trus ley mik degree...
aku cdey sgt coz kt mtrik aku x perform..aku dpt pointer pn ckup2 mkn je..classmate aku yg aku rapat kt KMJ dlu pndai gler..aku kagum kt dya..wktu sem 1 dya dpt 4.00 kot..aku bangga jd kwn dya..now,dya kt UITM shah alam mik medik...aku sedih sgt sbb aku xpandai cm 'beng' kwn aku tu..
ni la kwn baik aku time kt matrik "beng"
miss u beng






erm...hope sgt kegagalan aku kt mtrik x brulang ag...aku xmau men2 ag..
time kt matrik..byk mslh yg timbul xceli..dgn roomate n ngn sowg classmate aku ni...
erm..classmate aku ni,mule2 nmpk innocent je tau..tau x,dya buruk2 kn aku n 'beng' kt org len..haish!!perangai huduh gler...n then, tpu ktowg sal pointer dya..nseb bek aku ade smpn no mtrik ko tau..hurm,time uat assgmnt bi la paling x syok coz sme group ngn dya..
                                                                                                                              hopefully,hidup & pencapaian hopefully,hidup & pencapaian aku d UPM ni akn mrubah segalanya...INSYAALLAHaku d UPM ni akn mrubah segalanya...INSYAALLAH